
Laman Web Imtiyaaz.com akan dibangunkan dengan versi kedua, paparan lebih unik dan terancang. Selaku laman web rasmi Imtiyaaz dan Syarikat Assaf Marketing & Trading, kandungan lebih kepada profail rasmi syarikat, produk yang dibangunkan, aktiviti terkini daripada pihak syarikat dan kumpulan pemasaran, paparan rekod ejen dan stokis DUN & PARLIMEN bagi produk Imtiyaaz.
Laman Web Imtiyaaz.com juga dimuatkan dengan e-Kedai Imtiyaaz, satu laman yang menghimpun produk terkini yang dibangunkan oleh pihak syarikat kepada umum. Paparan ini lebih kepada susunan katalog dan pembeli boleh membeli secara online 24 jam. Pengurusan pembelian secara online juga lebih tersusun.
Pihak syarikat juga sedang membina satu laman web khusus untuk stokis DUN/ PARLIMEN dan ejen. Laman web ini menyediakan web replika percuma bagi setiap stokis dan ejen produk Imtiyaaz yang berdaftar secara sah. Stokis dan ejen Imtiyaaz masing-masing mempunyai alamat laman web mereka dan setiap daripada mereka berpeluang untuk mempromosikan kehebatan produk jenama Imtiyaaz terus secara online hanya melalui web replika khas Imtiyaaz.















